Saturday, December 26, 2009

GEMPAR!

KSV Times Edisi Sabtu, 26 Disember, 2009.



GEMPAR! MUMIA DIJUMPAI!




Mengikut keterangan daripada saksi yang menjumpai mumia tersebut, sebanyak 3 mumia telah dijumpai dan dilihat berkeliaran dikawasan hutan Salambigar pada jam 3 petang waktu tempatan. Menurut salah seorang saksi yang enggan namanya disiarkan, mumia - mumia tersebut nampak nya macam dibalut dengan kertas tisu dan dibalut dengan secara tidak sempurna. Ada sumber mengatakan bahawa mumia tersebut sebelum dibalut, telah dikatakan terjun kedalam wasai Salambigar. Sejauh manakah kebenaran cerita ini?

- Laporan S1KSV untuk KSV Times


















G41 Kem Pendekar 2009

Pada hari ani, 26/12/2009, G41 dengan usaha dan inisiatif YDP, Ckg Rusli, telah mengungkayah kan satu aktiviti yang dinamakan Kem Pendekar 2009. Adalah dipahami bahawa Kem Pendekar ini adalah aktiviti tahunan PSPS G41 dan pada tahun ini, ia telah diadakan di kawasan Wasai Salambigar, yang bersebelahan dengan highway menuju ke Mentiri daripada Subok. Acara pada hari ani tadi telah dimulakan dengan satu aktiviti untuk membuka minda para peserta dimana kami (peserta) telah di suruh berbaris dalam satu barisan lurus mengikut 'order' yang ditetapkan oleh YDP sendiri seperti berbaris menyusun mengikut tarikh lahir, ketinggian dan berapa jauh tempat tinggal daripada Wasai Salambigar.

Selepas atu, kami semua pun memulakan aktiviti 'jungle trekking' dimana kami semua berjalan merentasi hutan Salambigar atu mengikut laluan yang telah disediakan. Aktiviti 'jungle trekking' ani jua tadi diselang-selikan dengan sedikit info dalam cara - cara untuk 'survival' di dalam hutan. Antara nya tadi ialah kenapa topi (cap) mesti dipakai terbalik, macamana cara untuk memastikan kitani berjalan dengan lurus apabila sesat, apa saja barang keperluan yang penting yang mesti ada sekiranya masuk ke hutan seperti contoh nya parang, mancis, dan jua macamana cara untuk mengetahui arah Utara berpandukan matahari, jam tangan dan sebagainya. Overall, perjalanan 'jungle trekking' tadi atu memakan masa lebih kurang satu jam setangah (90 minit).

Dah siap jungle trekking, kami pun berehat makan sekajap and then selepas atu menyambung lagi dengan aktiviti 'games' yang disediakan oleh YDP Ckg Rusli. Peserta Kem Pendekar pada hari ani adalah seramai 16 orang termasuk YDP dan semua peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan ahli seramai 5 orang. Nama - nama kumpulan yang ada tadi adalah 'SI KAYU MANANG', 'We.Are.So.Annoyingly.Intelligent (W.A.S.A.I)' dan 'MAJU G41'. 'Games' ataupun aktiviti yang disediakan adalah sebanyak 4 aktiviti yang mana juara keseluruhan jatuh kepada kumpulan 'SI KAYU MANANG'.

Secara keseluruhan, aktiviti pada hari ani adalah sangat siok dan berfaedah jua bagi peserta - peserta Kem Pendekar especially golongan muda seperti kami ani yang jarang sangat kan masuk hutan~ hahaha.

So disini telah saya sediakan link untuk download gambar - gambar yang sempat saya ambil semasa aktiviti hari ani tadi. Minta maaf saja pasal kualiti gambar ada yang inda memuaskan and ada yang kabur. hehe.


Kem Pendekar Download (Hotfile) Link

Kem Pendekar Download (Mediafire) Link


Just a reminder, kepada sesiapa yang mau download from links ani, sila download pakai wireless (e-speed or wave) ah~ Kalau pakai broadband macam Zoom, nda pulang ku pasti tu mau kah nda. Tetapi abiskita boleh pulang mencuba pakai broadband. Kalau nda dapat download, baru tah pakai wireless service~ hehe.






















Posted By E_One (S1KSV)

Thursday, December 24, 2009

Kem Pendekar G41

Info From YDP G41.

Kem Pendekar (tracking + teambuilding) akan diadakan pada:

26/12/2009
9 pg - 5 ptg
bertempat di Wasai Salambigar

Aktiviti ini dibukakan kepada semua. Please bring your own food. Berkumpul dulu awal atu di kawasan indoor stadium. TQ

Pages

 
Powered by Blogger