Thursday, November 11, 2010

Majlis Penutup Gelanggang KSV G41 semester 1 2010 / 2011

Pada hari rabu, 10 November 2010, gelanggang KSV G41 UBD telah mengadakan Majlis Penutupan Gelanggang bagi semester 1 tahun 2010 / 2011. Majlis ini dimulakan dengan satu mesyuarat kecil yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Silat Varsiti, Hima Hazman. Antara agenda nya ialah merumus dan mengimbas kembali aktiviti aktiviti KSV sepanjang semester ini. Selepas itu, agenda seterusnya ialah mengenai perancangan aktiviti KSV sempena cuti hujung tahun. Akhir sekali, majlis penutupan disudahi dengan sedikit jamuan.

Sedikit info, pada semester ini, Kelab Silat Varsiti UBD dengan berbesar hati menerima ahli baru, yang mana salah seorang nya ialah Abdullah, pelajar antarabangsa daripada Ghana yang berminat untuk mendalami seni bela diri. Selain itu, KSV juga menerima kunjungan pesilat - pesilat daripada ITB yang sama - sama berlatih di gelanggang KSV. Pembukaan Semula Gelanggang KSV akan dibuat pada tahun hadapan, 2011. Dengan itu, diucapkan kepada semua ahli ahli KSV yang akan menghadapi peperiksaan, semoga berjaya. =)

posted by E_One







Pages

 
Powered by Blogger