Friday, February 26, 2010

UBD Open Day

Pada hari Ahad, 21hb Februari 2010 yang lalu, KSV telah mengadakan persembahan sempena Hari Terbuka UBD a.k.a UBD Open Day di Dewan Chancellor UBD. Seramai 11 orang ahli KSV turun padang untuk beraksi.

Seperti biasa persembahan KSV dimulai dengan pembukaan gelanggang yang di ketuai oleh Nazri dan diikuti oleh ahli lain. Berikut adalah video dan beberapa gambar yang telah diambil pada hari tersebut. (maaf kerana kualiti video yang kurang memuaskan =_=')








more pictures here

-posted by Farhan

Tuesday, February 23, 2010

Mesyuarat Awal Tahun G41 2010

Pada hari ini, Selasa 23 februari 2010, PSPSG41 telah mengadakan Mesyuarat Awal Tahun G41 2010 bertempat di rumah YDP G41 di Manggis. Antara objektif utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk merumus tentang segala aktiviti - aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun lepas, tahun 2009 dan juga untuk membentangkan dan membincangkan tentang aktiviti - aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini. Mesyuarat pada hari ini bermula pada jam 3:00 ptg dan berakhir pada jam 7:00 mlm. Ahli - ahli G41 yang hadir pada hari ini adalah Ckg Rusli (YDP), Ckg Rozaiman (TYDP), Ckg Azmi (NYDP1), Ckg Jasmin (Bendahari), Nazri (SUA G41), Artison, Jamal, Azral, Hima Hazman (Pengerusi KSVG41), Hadi (T.Pengerusi KSVG41) dan saya. Berikut adalah sedikit ringkasan yang diambil dari mesyuarat tersebut.

Agenda Mesyuarat

- Bacaan Surah Al-Fatihah
- Ucapan Alu - aluan YDP G41, Ckg Rusli
- Laporan Kewangan daripada Bendahari G41, Ckg Jasmin
- Laporan dari Gelanggang Indera Perkasa oleh TYDP, Ckg Rozaiman
- Laporan dari Gelanggang KSV oleh Pengerusi KSV, Hima Hazman
- Laporan dari Gelanggang Cahaya Kilat, PTE Katok oleh NYDP1, Ckg Azmi
- Laporan dari Gelanggang Tawwakal oleh Jamal
- Laporan dari Gelanggang Cahaya Kilat, Penanjong oleh SUA G41, Nazri
- Membincangkan Projek bagi Tahun 2010

*Tarikh bagi Kembara Gelanggang ke Temburong telah dicadangkan pada bulan Jun
*Tarikh bagi Sesi Kongsi-sama dengan Taekwondo telah dicadangkan pada bulan Jun
*Cadangan bagi sesi Latihan Pusat @ Kompleks Sukan Menglait telah dipersetujui
dan diadakan pada Hari Jumaat, jam 3:30 - 6:30 petang

- Laporan Tahunan aktiviti G41 sepanjang Tahun 2009 oleh SUA G41, Nazri
- Pembahagian Tugas - Tugas Projek G41 2010
* Anugerah Sukmawira & Majlis Penyampaian Arat - handled by KSV
* UKA (September) & Taekwondo Sharing Session (Jun) - handled by Ckg Azmi
* Silathon - handled by Nazri
* Kem Pendekar (Mac, Jun, Disember) - handled by Asra @ Me
* SBD SANGGA (April) - handled by Ckg Rusli
* Kembara Gelanggang GFM (Julai) & Perasmian Gelanggang Banting (Jun)
- handled by Ckg Rozaiman & Ckg Zamrani
* Pembukaan Gelanggang ITB (Mac) - handled by Ckg Khairul
* Blog and Facebook G41 - handled by Artison
* Latihan Pusat G41 - handled by Nazri
* Sembah Karisma Pendekar Sejati (Julai) - handled by Ckg Rozaiman

- Hal - hal lain
- Bacaan Surah Al-Asr
- Bersurai

posted by Asra @ E_One




Friday, February 12, 2010

Latihan 10/02/2010

Pada hari ini, sistem latihan diteruskan seperti biasa, mengikut syllabus yang telah disediakan, iaitu permainan Arat Kuning (Senjata Tumpul). Latihan hari ini ditumpukan kepada latihan tambung panjang dimana para pesilat KSV membiasakan diri mereka dengan cara - cara memegang tambung dan cara - cara membuat serangan tambung. Mangsa pada hari tersebut adalah pokok - pokok yang terdapat disekeliling taman rakis yang mana telah diserang (nya urang Brunei 'di ambat') dengan tambung panjang. Sekian.

posted by E_One




Thursday, February 4, 2010

Latihan 03/02/2010

Bermula semester ini, sistem latihan Kelab Silat Varsiti telah pun di ubah dan di perkemaskan dengan pembahagian ahli - ahli mengikut 'level' pembelajaran masing - masing. Pada hari rabu 3 februari 2010, ahli - ahli KSV telah dipecahkan menjadi 2 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada ahli -ahli baru yang mana sistem pembelajaran mereka bermula dengan buah - buah asas, bunga asas seperti asas 1, 2 dan 3 dan asas - asas serangan, tumbukan, tendangan, tangkisan, etc



Manakala kumpulan 2 terdiri daripada ahli - ahli KSV yang sudah pun menjalani Ujian Kenaikan Arat, dan pada masa ini menumpukan pembelajaran menggunakan senjata ringan / tumpul seperti tambung panjang, tambung dua dan arat. Sistem pembelajaran ini dibuat adalah untuk memberi peluang kepada ahli - ahli yang sudah pun menjalani UKA untuk belajar pergerakan dan permainan senjata di peringkat seterusnya~


posted by E_One





Pages

 
Powered by Blogger