Saturday, December 26, 2009

GEMPAR!

KSV Times Edisi Sabtu, 26 Disember, 2009.



GEMPAR! MUMIA DIJUMPAI!




Mengikut keterangan daripada saksi yang menjumpai mumia tersebut, sebanyak 3 mumia telah dijumpai dan dilihat berkeliaran dikawasan hutan Salambigar pada jam 3 petang waktu tempatan. Menurut salah seorang saksi yang enggan namanya disiarkan, mumia - mumia tersebut nampak nya macam dibalut dengan kertas tisu dan dibalut dengan secara tidak sempurna. Ada sumber mengatakan bahawa mumia tersebut sebelum dibalut, telah dikatakan terjun kedalam wasai Salambigar. Sejauh manakah kebenaran cerita ini?

- Laporan S1KSV untuk KSV Times


















G41 Kem Pendekar 2009

Pada hari ani, 26/12/2009, G41 dengan usaha dan inisiatif YDP, Ckg Rusli, telah mengungkayah kan satu aktiviti yang dinamakan Kem Pendekar 2009. Adalah dipahami bahawa Kem Pendekar ini adalah aktiviti tahunan PSPS G41 dan pada tahun ini, ia telah diadakan di kawasan Wasai Salambigar, yang bersebelahan dengan highway menuju ke Mentiri daripada Subok. Acara pada hari ani tadi telah dimulakan dengan satu aktiviti untuk membuka minda para peserta dimana kami (peserta) telah di suruh berbaris dalam satu barisan lurus mengikut 'order' yang ditetapkan oleh YDP sendiri seperti berbaris menyusun mengikut tarikh lahir, ketinggian dan berapa jauh tempat tinggal daripada Wasai Salambigar.

Selepas atu, kami semua pun memulakan aktiviti 'jungle trekking' dimana kami semua berjalan merentasi hutan Salambigar atu mengikut laluan yang telah disediakan. Aktiviti 'jungle trekking' ani jua tadi diselang-selikan dengan sedikit info dalam cara - cara untuk 'survival' di dalam hutan. Antara nya tadi ialah kenapa topi (cap) mesti dipakai terbalik, macamana cara untuk memastikan kitani berjalan dengan lurus apabila sesat, apa saja barang keperluan yang penting yang mesti ada sekiranya masuk ke hutan seperti contoh nya parang, mancis, dan jua macamana cara untuk mengetahui arah Utara berpandukan matahari, jam tangan dan sebagainya. Overall, perjalanan 'jungle trekking' tadi atu memakan masa lebih kurang satu jam setangah (90 minit).

Dah siap jungle trekking, kami pun berehat makan sekajap and then selepas atu menyambung lagi dengan aktiviti 'games' yang disediakan oleh YDP Ckg Rusli. Peserta Kem Pendekar pada hari ani adalah seramai 16 orang termasuk YDP dan semua peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan ahli seramai 5 orang. Nama - nama kumpulan yang ada tadi adalah 'SI KAYU MANANG', 'We.Are.So.Annoyingly.Intelligent (W.A.S.A.I)' dan 'MAJU G41'. 'Games' ataupun aktiviti yang disediakan adalah sebanyak 4 aktiviti yang mana juara keseluruhan jatuh kepada kumpulan 'SI KAYU MANANG'.

Secara keseluruhan, aktiviti pada hari ani adalah sangat siok dan berfaedah jua bagi peserta - peserta Kem Pendekar especially golongan muda seperti kami ani yang jarang sangat kan masuk hutan~ hahaha.

So disini telah saya sediakan link untuk download gambar - gambar yang sempat saya ambil semasa aktiviti hari ani tadi. Minta maaf saja pasal kualiti gambar ada yang inda memuaskan and ada yang kabur. hehe.


Kem Pendekar Download (Hotfile) Link

Kem Pendekar Download (Mediafire) Link


Just a reminder, kepada sesiapa yang mau download from links ani, sila download pakai wireless (e-speed or wave) ah~ Kalau pakai broadband macam Zoom, nda pulang ku pasti tu mau kah nda. Tetapi abiskita boleh pulang mencuba pakai broadband. Kalau nda dapat download, baru tah pakai wireless service~ hehe.






















Posted By E_One (S1KSV)

Thursday, December 24, 2009

Kem Pendekar G41

Info From YDP G41.

Kem Pendekar (tracking + teambuilding) akan diadakan pada:

26/12/2009
9 pg - 5 ptg
bertempat di Wasai Salambigar

Aktiviti ini dibukakan kepada semua. Please bring your own food. Berkumpul dulu awal atu di kawasan indoor stadium. TQ

Tuesday, November 17, 2009

Fighting for Lives G41 Workshop / Seminar

Pada hari ahad yang lepas, G41 telah mengadakan Seminar atau pun bengkel 'Empty Hand Combat' sempena dengan acara Fighting for Lives yang diadakan secara serentak diseluruh dunia. Tujuan utama acara Fighting for Lives ini diadakan adalah bagi mengumpul dana untuk membantu kanak - kanak yang memerlukan bantuan diseluruh dunia. Selain itu, Fighting for Lives ini juga adalah sebagai satu wadah untuk menyatukan ahli - ahli seni bela diri dari seluruh dunia untuk mencapai satu matlamat dan untuk menyatakan bahawa ahli - ahli seni bela diri juga mempunyai kesedaran dan keprihatinan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Di Brunei, PSPSG41 adalah satu - satu nya wakil yang mengikuti acara Fighting for Lives ini dan ianya dikendalikan oleh Ckg Rusli Bin Bujang, YDP PSPSG41. Acara pada hari tersebut bermula dari jam 2 petang hingga 6 petang. Selain Ckg Rusli, Guru Utama, Haji Ibrahim juga turut serta dalam memberi sedikit tunjuk ajar dalam seni bela - diri menggunakan tangan kosong. Selepas itu, bengkel diteruskan lagi dengan sedikit tunjuk ajar daripada Syamsul, salah seorang ahli G41 dan akhir sekali, diakhiri dengan tunjuk ajar daripada Ckg Azmi, NYDP1 PSPSG41.

Dan disini saya ada sediakan link untuk download gambar - gambar yang saya ambil pada hari tersebut. Untuk makluman, saya ada sediakan dua link untuk download gambar - gambar tersebut, dan abiskita boleh 'click' salah satu daripadanya~

Untuk makluman jua, besar kemungkinan link ini tidak akan berfungsi jika abiskita online menggunakan broadband atau pun menggunakan mobile 3G sebagai modem awda~ untuk mendownload secara berkesan, sila lah gunakan service e-speed or apa jua service yang menggunakan sistem line telefon...terima kasih~


Fighting for Lives Pictures

Download 1
Download 2

Sunday, November 1, 2009

Malam Seni Bela Diri 2009



Malam Seni Bela Diri Universiti Brunei Darussalam

Semua adalah dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan - persembahan dari lima buah kelab - kelab bela diri yang ada di Universiti Brunei Darussalam.
Kelab - kelab yang akan membuat persembahan pada malam seni bela diri ini nanti terdiri daripada Kelab Taekwondo, Kelab Karate-do, Kelab Aikido, Kelab Kendo dan yang terakhir sekali Kelab Silat Varsiti. Untuk itu, datang lah beramai - ramai untuk memeriah kan lagi acara pada malam tersebut.

Tarikh: 4hb November 2009
Hari: Rabu
Jam: bermula dari 7 malam



posted by E_One

Download untuk Gambar - Gambar G41 & KSV

Di sini saya ada sediakan link untuk download gambar - gambar semasa Sesi Kongsi Sama di Dewan Menglait pada hari Jumaat, 30 Oktober 2009 yang lalu dan jua gambar - gambar semasa hiking G41 di Bukit Markucing minggu lapas. Btw, ani gambar - gambar yang dari aku pulang saja ni, Setiausaha 1 KSV aka E_One. Insyallah if ada ku terdapat lagi gambar - gambar dari urang lain, akan ku post kan disini lah download link nya. So if sapa - sapa yang mau gambar - gambar atu, sila lah download from the link below. Okay~

posted by E_One aka S1KSV




Link untuk download gambar - gambar Hiking ke Bukit Markucing
http://rapidshare.com/files/300869475/G41_Hiking_to_Markucing.zip

Link untuk download gambar - gambar sharing session
http://rapidshare.com/files/300862191/G41_Sharing_Session.zip


Just click on the link above and when the page is ready, click on free user~

Sunday, October 25, 2009

Hiking to Markucing

Markucing..baru hari ani tah ni aku pernah mengampaikan kaki ku ke tempat yang bernama Markucing..hahaha...sebenar nya ani adalah aktiviti hiking yang dicadangkan oleh salah seorang Ahli Majlis Eksekutif (AME) G41 *sory nda ku ingat siapa yang mencadangkan..hehe* semasa kami habis demo persembahan Sistem Bela Diri (SBD) Sangga di Muara pada hari Jumaat yang lepas and then hari ani, kami jadikan tia cadangan atu~ Ahli - ahli yang ada tadi semasa hiking ani adalah Ckg Rusli, Ckg Rozaiman, Ckg Jasmin, Nazri dan saya (E_One). Secara dasar nya, aktiviti hiking ani dicadangkan supaya diadakan agar dapat mem-fit kan lagi badan - badan kami ani and also jua sebagai salah satu kegiatan riadah bagi G41.

okay..sebenar nya nda ku sangka ni jauh rupanya laluan hiking Bukit Markucing ani..dah tah jauh, bukit nya lagi tu, subhanallah, tinggi and curam~ hahaha....sudah sampai tadi arah bukit yang paling tinggi sekali and berehat arah pondok Markucing, lamah tarus rasanya lutut ku ah~ hahah~ iatah namanya jarang exercise tu~ hehe~ secara keseluruhannya, ani adalah satu aktiviti yang bermanfaat dari segi menyihatkan badan dan stamina and endurance dan jua peluang bagi urang - urang macam saya ani yang inda tau kan mengenal tempat untuk dapat mengambil tau dimana tempat - tempat di Brunei ani~ hahaha


posted by E_One







Friday, October 23, 2009

Dari Lensa Handphone Ku...

Disini ada beberapa gambar - gambar KSV yang ku sampat ambil semasa aktiviti - aktiviti KSV sepanjang semester ani, termasuk semasa tani meeting untuk demo PMUBD, latihan demo, dan sebagainya~ n pasal time sambutan raya G41 anjuran KSV, aku nda ada mengambil gambar coz masa tu aku cbuk jadi MC di atas pentas..hehe..but thanx to kawan drg c Ron, c Bibi, ia menjadi photographer time atu n kalau ada sapa - sapa mau gambar time smbutan raya atu, just jumpa ia n bagi pendrive. hehe. Orytz~ atu saja daripada aku untuk edisi kali ani~ cheewah! ada edisi - edisi gitu~ hahaha

posted by E_One








Tuesday, October 13, 2009

Sambutan Raya KSV 2009




SAMBUTAN AIDILFITRI G41 2009
ANJURAN KSV


Tarikh : 18hb Oktober 2009 (Ahad)

Jam : 2 - 5 petang

Tempat : Dewan Asrama Perempuan (DAP) UBD


Semua ahli - ahli Perguruan G41 adalah dijemput hadir bagi sama - sama memeriahkan lagi suasana hari raya dan juga untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli - ahli G41 yang lama dan baru dari cawangan - cawangan ataupun gelanggang - gelanggang yang lain~

posted by E_One

Sunday, October 4, 2009

KSV Raya Convoy 09

event ani telah pun dibuat pada hari jumaat, 02 oktober 2009, dimana ahli - ahli KSV dan juga guru - guru dari PSPSG41 beraya bersama - sama 'melanggar' rumah - rumah ahli ahli G41 yang lain nya. Hehe. Awal atu kami, ahli -ahli KSV berkumpul dulu at UBD sebelum sama - sama beraya selepas Asar. Rumah pertama sekali yang kami langgar adalah rumah Ckg Azmi di lambak. hehe. Nasib jua ku masih ingat dimana rumah Ckg Azmi pebaik jua baru sekali singgah ke rumah nya. Atu pun semasa mendangani Nazri mengambil CD gulingtangan kali arah Ckg Azmi kira - kira 2 tahun lapas kali. hehe. Next stop after dari Ckg Azmi is at rumah Ckg Rusli di bandar, arah Tasik Lama. And disana kami disediakan dengan makanan, and walrus~ eh salah. Walnut~ hehehe. first time tah ku makan walnut tu. hehe. and then dari sana, kami tarus zoom menuju ke rumah Ckg Jasmin di Sinarubai, dimana kami sekali lagi kana hidang makanan. Hehe. Aku pun makan lah~ mun sudah kana sediakan. hehe.

After dari Ckg Jasmin, rombongan raya KSV + AME G41 melanggar lagi kerumah salah seorang guru tua G41, iaitu Haji Musa, di Kampong Burung Lepas. and macam biasa, ada jua kana hidangi makanan. hehe~ termasuk ani, baru tah dua kali ni aku bejumpa dengan Pa G Musa. first masa membuat persembahan masa urang kawin di perumahan tungku masa 2007 kali tu kalau ku nda silap. and then after dari burung lapas, kami zoom tarus ke mata - mata arah Kaji Ibrahim, guru utama G41. Disana kami pun makan jua, since ada kana hidangi atu jua~ haha and last sekali after dari Kaji, kami aga rumah Ckg Rozaiman di Jerudong as our final destination for convoy raya 09. dan last sekali nya, kami makan lah lagi. hehehe. All i can say, is that malam atu kami, sapa - sapa yang inkut convoy atu, memang kanyang berabis tahap full lah. hahaha. Tahan - tahan saja parut mengisi makanan ah~ hahaha. Actually aku hoping ramai pulang lagi ahli KSV ni ikut beraya, tapi since Ronnie and the gang cbuk and nda belaku, so dipahami tu eh. ani ada some pictures yang ku snap semasa convoy tersebut~ hehe. enjoy~

posted by E_One





Pages

 
Powered by Blogger