Friday, July 31, 2009

Bedudun kerumah Cgu Rozaiman

Salam G41.

Semasa cuti semester, KSV telah membuat satu program lawatan kerumah guru PSPS G41 yang diberi nama bedudun kerumah guru. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan ahli-ahli KSV dan berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan beberapa orang guru G41. Antara guru-guru yang dikunjungi dalam program lawatan ini ialah Cgu Rosli (YDP G41), Haji Ibrahim (Guru Utama G41) dan Cgu Rozaiman selaku TYDP G41.

Program bedudun yang terakhir iaitu ke rumah Cgu Rozaiman telah diadakan pada malam hari khamis 30.7.09. Seramai 13 orang ahli KSV telah terlibat dalam program ini. Semasa dalam lawatan tersebut, kami telah ditunjuk ajar serba sedikit bunga dan buah Betawi oleh Cgu Rozaiman di Gelanggang Indera Perkasa. Setelah selasai sesi latihan maka sesi makan-makan pun bermula. Semasa makan, cgu Rozaiman menceritakan sedikit sajarah bagaimana beliau mendapat silat Betawi. Pada malam itu ahli KSV tidak pulang dengan tangan kosong. Selain mendapat ilmu yang baru dan perut yang kenyang, kami juga diberikan cendera hati daripada Cgu Rozaiman iaitu sebuah buku yang ditulis sendiri oleh beliau.

Dengan berakhirnya lawatan pada malam tersebut maka berakhir jugalah program berdudun ke rumah guru-guru G41 untuk cuti semester ini dan insyaAllah program seperti ini akan dilanjutkan lagi pada masa-masa akan datang.

Sesi suai kenal sebelum sesi latihan








Sesi latihan bertempat Gelanggang Indera Perkasa iaitu diperkarangan rumah Cgu Rozaiman



Sesi makan bersama-sama dan pemberian cendera hati dari cikgu Rozaiman dan seterusnya bergambar ramai.

Done by : PKSV

Friday, July 24, 2009

Ujian Kenaikan Arat 2009

Macam batah sudah nda ku mem-post apa - apa arah blog ani. Hehe. Bukan apa. Nda ku be-credit wah kan online and upload gambar - gambar ah. Apa jua ganya aku online dari rumah pakai mobile. Btw, ani aku ada terdapat gambar - gambar UKA dari Facebook yang kana upload oleh salah seorang ahli G41 under nama Airule HD, dari gelanggang tawakkal, mata - mata. At least dapat jua ku upload ke blog ani. Mun menunggu CMan upload, batah tah jua and sangal menunggu. hahahaha. So anyway, sekali lagi saya (selaku Setiausaha KSV) ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli - ahli KSV yang terpilih untuk skip durang punya level dan maju satu tahap lagi dalam sistem peringkat yang ada di PSPSG41. Jangan lupa ah esuk kitani ada meeting dulu before tani mulakan latihan saja - saja untuk menlonggarkan segala pergelangan yang batah dah nda dilatihkan semenjak habis UKA. hehe. Sekian~

Posted by E_One










Wednesday, July 1, 2009

UKA @ Glanggang Berjasa.

Salam G41.
Pertama sekali saya ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon maaf kerana lambat mempost pasal UKA ane. Sibuk banar nyamu iatah nda belaku mengupdate.. sebelum melangkah kepada pengenalan aktiviti kita, saya selaku PKSV ingin mengucapkan tahniah kepada pesilat-pesilat G41 amnya dan pesilat-pesilat dari cawangan KSV khasnya atas kejayaan dalam ujian kenaikan arat (UKA) yang telah diadakan pada 28.6.09 yang lalu..

Baiklah, seperti yang tertera di tajuk atas, beberapa pesilat KSV telah mengikuti UKA pada hari itu yang bertempat di gelanggang Berjasa, kg. Setia 'A'. Terdapat tiga peringkat ujian diadakan pada hari tersebut iaitu pertama ialah ujian bagi peringkat asas, kedua ialah peringkat rendah dan ketiga ialah peringkat menengah. UKA pada hari tersebut dihadiri lebih kurang 50 orang pesilat iaitu pesilat G41 dari cawangan KSV, Cahaya Kilat PTE Katok, Gelanggang Tawakal, Cahaya Kilat Penanjong dan Gelanggang Awang Semaun. Ane antara gambar yang sempat diambil semasa UKA.







Antara pesilat-pesilat G41 yang hadir pada hari itu.






Antara aktiviti-aktiviti pada hari tersebut.

tahniah diucapkan kepada mereka yang mengikuti ujian kenaikan arat pada hari tersebut dan diucapkan tahniah juga kepada pengendali acara pada hari tersebut..sekian saja untuk kali ane..InsyaAllah kalau nda sibuk akan dimasukkan lagi gambar masa UKA yang lalu.

sakian dari: PKSV


Pages

 
Powered by Blogger