Tuesday, November 17, 2009

Fighting for Lives G41 Workshop / Seminar

Pada hari ahad yang lepas, G41 telah mengadakan Seminar atau pun bengkel 'Empty Hand Combat' sempena dengan acara Fighting for Lives yang diadakan secara serentak diseluruh dunia. Tujuan utama acara Fighting for Lives ini diadakan adalah bagi mengumpul dana untuk membantu kanak - kanak yang memerlukan bantuan diseluruh dunia. Selain itu, Fighting for Lives ini juga adalah sebagai satu wadah untuk menyatukan ahli - ahli seni bela diri dari seluruh dunia untuk mencapai satu matlamat dan untuk menyatakan bahawa ahli - ahli seni bela diri juga mempunyai kesedaran dan keprihatinan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Di Brunei, PSPSG41 adalah satu - satu nya wakil yang mengikuti acara Fighting for Lives ini dan ianya dikendalikan oleh Ckg Rusli Bin Bujang, YDP PSPSG41. Acara pada hari tersebut bermula dari jam 2 petang hingga 6 petang. Selain Ckg Rusli, Guru Utama, Haji Ibrahim juga turut serta dalam memberi sedikit tunjuk ajar dalam seni bela - diri menggunakan tangan kosong. Selepas itu, bengkel diteruskan lagi dengan sedikit tunjuk ajar daripada Syamsul, salah seorang ahli G41 dan akhir sekali, diakhiri dengan tunjuk ajar daripada Ckg Azmi, NYDP1 PSPSG41.

Dan disini saya ada sediakan link untuk download gambar - gambar yang saya ambil pada hari tersebut. Untuk makluman, saya ada sediakan dua link untuk download gambar - gambar tersebut, dan abiskita boleh 'click' salah satu daripadanya~

Untuk makluman jua, besar kemungkinan link ini tidak akan berfungsi jika abiskita online menggunakan broadband atau pun menggunakan mobile 3G sebagai modem awda~ untuk mendownload secara berkesan, sila lah gunakan service e-speed or apa jua service yang menggunakan sistem line telefon...terima kasih~


Fighting for Lives Pictures

Download 1
Download 2

0 comments:

Post a Comment

Pages

 
Powered by Blogger