Thursday, April 16, 2009

Majlis Penutupan Gelanggang KSV

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli - ahli KSV yang telah bersama - sama bertungkus - lumus *haha..iakah?* menyediakan booth KSV sempena dengan Annual General Meeting yang diadakan di Chancelor Hall pada 8hb April 2009. Sesi latihan KSV akan ditutup pada 22hb April 2009 memandangkan revision week UBD akan bermula pada minggu selepasnya, starting from 27hb April. Semasa Majlis Penutupan Gelanggang yang akan diadakan pada 22hb April, satu mesyuarat kecil akan diadakan bagi membincangkan tentang aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan dan juga membuat rancangan untuk aktiviti - aktiviti yang akan datang. Selepas mesyuarat, agenda terakhir kita *dan yang ditunggu - tunggu oleh semua* adalah jamuan. Mengikut perancangan dan budget, satu jamuan kecil akan diadakan pada hari tersebut, seperti yang biasanya dilakukan pada tahun - tahun sebelumnya. Semua jurulatih - jurulatih dan guru - guru muda adalah dijemput hadir pada hari tersebut. Sebelum aku terlupa, semua ahli KSV adalah dijemput hadir pada hari tersebut. Jangan nda datang. Hahaha. Boleh pulang mun kamu nda datang. Banyak labih makanan untuk aku. Hahaha

posted by E_One

0 comments:

Post a Comment

Pages

 
Powered by Blogger