Wednesday, July 1, 2009

UKA @ Glanggang Berjasa.

Salam G41.
Pertama sekali saya ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon maaf kerana lambat mempost pasal UKA ane. Sibuk banar nyamu iatah nda belaku mengupdate.. sebelum melangkah kepada pengenalan aktiviti kita, saya selaku PKSV ingin mengucapkan tahniah kepada pesilat-pesilat G41 amnya dan pesilat-pesilat dari cawangan KSV khasnya atas kejayaan dalam ujian kenaikan arat (UKA) yang telah diadakan pada 28.6.09 yang lalu..

Baiklah, seperti yang tertera di tajuk atas, beberapa pesilat KSV telah mengikuti UKA pada hari itu yang bertempat di gelanggang Berjasa, kg. Setia 'A'. Terdapat tiga peringkat ujian diadakan pada hari tersebut iaitu pertama ialah ujian bagi peringkat asas, kedua ialah peringkat rendah dan ketiga ialah peringkat menengah. UKA pada hari tersebut dihadiri lebih kurang 50 orang pesilat iaitu pesilat G41 dari cawangan KSV, Cahaya Kilat PTE Katok, Gelanggang Tawakal, Cahaya Kilat Penanjong dan Gelanggang Awang Semaun. Ane antara gambar yang sempat diambil semasa UKA.







Antara pesilat-pesilat G41 yang hadir pada hari itu.






Antara aktiviti-aktiviti pada hari tersebut.

tahniah diucapkan kepada mereka yang mengikuti ujian kenaikan arat pada hari tersebut dan diucapkan tahniah juga kepada pengendali acara pada hari tersebut..sekian saja untuk kali ane..InsyaAllah kalau nda sibuk akan dimasukkan lagi gambar masa UKA yang lalu.

sakian dari: PKSV


0 comments:

Post a Comment

Pages

 
Powered by Blogger