Wednesday, September 30, 2009

Agenda Meeting 30.09.2009

so hari ani tadi KSV telah mengadakan meeting tergempar *mana nda tergempar, baru ku tau wah ada meeting tgh hari td* pukul 2.30 bertempat di gelanggang. antara isu - isu dan agenda - agenda yang dibincangkan adalah seperti PMUBD info day, Sambutan Raya KSV dan Pesta Convo. Berikut adalah details daripada apa yang ku dapat ingat tadi semasa meeting *sory nda ku mencatit tadi semasa meeting ah* hahaha~

PMUBD info day

- akan diadakan pada 5,6 dan 7 hb Oktober
- tani akan mengusai booth pada hari sabtu, 3hb Oktober
- peruntukan / budget untuk mengusai booth nda kana bagi, so pakai ja usin sendiri
- sesiapa yang free / nada class pada hari tersebut, akan ganti - ganti pakai shift menjaga booth
- barang - barang pameran akan diconfirmkan sama Echak *masih arah ia kali tu bkas tani pameran masa AGM*
- Demo silat akan diadakan pada hari terakhir, 7hb Oktober. so tani akan berlatih untuk demo atu pada hari selasa, 6hb oktober, 4.30 petang di gelanggang


Sambutan Raya KSV
- akan diadakan pada 18hb Oktober
- tempat dalam perancangan akan diadakan either arah DAP atau DAL
- collection dari setiap ahli KSV sebanyak $4 seorang
- pasal jamuan, aku rasa aku ja yang handle. Aku akan contact kan catering lah~
- acara bermula jam 2 petang hingga 5 petang
- semua ahli - ahli kerabat G41 yang lain adalah dijemput hadir
- maybe ada persembahan sikit - sikit dari semua ahli - ahli G41 dari gelanggang yang lain and also jua dari KSV


Pesta Konvo
- akan diadakan dari 17hb Oktober hingga 31hb Oktober
- dalam jadual Pesta Konvo, 28hb atu kosong, so KSV akan mengambil peluang untuk membuat aktiviti / acara
- dalam perancangan, akan diadakan Forum Seni Bela Diri Melayu yang mungkin bertajuk "Masa Depan dan Hala Tuju Seni Silat dalam Era Moden Masa Kini" *hantam saja tah topik ku atu*
- ahli - ahli panel forum akan dijemput dan terdiri daripada ahli - ahli G41
- maybe ada jua tetamu kehormat daripada UBD
- semua ani tertakluk kepada kertas kerja dan availability ahli - ahli panel yang akan diundang
- in case Forum ani nda dapat diadakan, kita akan tukar plan B, buat Pertandingan Bunga Solo Bebas.


So, to Pengerusi KSV, kalau sekiranya ada apa - apa details yang ku tertinggal, ko tambah saja lah~ Ani untuk makluman sahaja kepada semua ahli - ahli KSV tentang perancangan - perancangan KSV untuk bulan Oktober ani~ aytz~

posted by E_One aka Setiausaha 1 KSV (S1KSV)

0 comments:

Post a Comment

Pages

 
Powered by Blogger