Monday, January 25, 2010

Mesyuarat Kelab Silat Varsiti Gerak 41

Mesyuarat Kelab Silat Varsiti Gerak 41

Mesyuarat Kelab Silat Varsiti Gerak 41 Universiti Brunei Darussalam telah diadakan pada 20hb Januari 2010 bersamaan 4 Safar 1431H, jam 4 petang di CLT bilik G.05 UBD.

Agenda utama dalam mesyuarat tersebut adalah Majlis Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kelab Silat Varsiti sesi 2009/2010 dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab Silat Varsiti sesi 2010/2011. Secara rasminya ahli jawatankuasa yang lama telah dibubarkan dan perlantikan ahli jawatankuasa baru telah pun secara rasminya dilantik.

Berikut adalah senarai nama dan Ahli Jawatankuasa Kelab Silat Varsiti Gerak 41 UBD bagi tahun 2010:

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI


Penaung: Ketua EXCO Kebudayaan MPP

Penasihat : Cikgu Rozaiman bin Makmun

Pengerusi: Himahazman bin Barahim

Timbalan Pengerusi: Hadi Salalu

Setiausaha I: Farhaanah binti Sabaraya

Setiausaha II: Noor Bazilah binti Madanie

Bendahari: Farhanah binti Hj. Abdullah


AHLI JAWATANKUASA KERJA
Ketua Gelanggang: Raieham bin Mohd Salleh

Penolong Ketua Gelanggang: Ronnie bin Labau

Jurulatih: Jurulatih – jurulatih Perguruan Seni Pencak Silat Gerak 41

Biro Keugamaan: Raieham bin Mohd Salleh

Biro Media & Publisiti: Hjh Siti Rahimah binti Hj Dul Samat

Biro Disiplin: Jesstina binti Padan

Biro Kelengkapan: Jemmy bin Pandai

Hjh Nor Hamizah binti Hj Abdul Hamid

Biro Kebersihan: Wathiqah Amirah binti Hj Wasli

Biro Permakanan: Hjh Siti Rahimah binti Hj Dul Samat

Bayaran yuran bagi tahun ini adalah sama seperti tahun-tahun yang sudah iaitu, $5 setiap semester.

Jadual latihan Kelab Silat Varsiti untuk semester ke-2 bagi tahun 2010/2011 adalah seperti berikut:


Hari : Selasa & Rabu

Jam : 4.30 - 6.30 petang

Mesyuarat itu juga telah diselajurkan dengan penyerahan jaket KSV kepada ahli-ahli KSV yang di sampaikan oleh Awang Himahazman selaku pengerusi Kelab Silat Varsiti sesi 2010/2011.

Mesyuarat pada hari itu ditutup dengan bacaan surah Al-‘Asr.




0 comments:

Post a Comment

Pages

 
Powered by Blogger