Sunday, June 21, 2009

Salam G41.
Pada hari sabtu (20.6.09) lalu, KSV telah membuat satu lawatan ke Gelanggang Tawakkal di Kg. Mata-Mata. Pada mulanya lawatan ini diberi nama bedudun ke rumah guru tetapi lawatan kali ini dibuat di gelanggang. Lawatan ini telah dihadiri oleh seramai 10 orang ahli KSV dan kami disambut oleh guru bagi Gelanggang Tawakkal iaitu Haji Ibrahim selaku Guru Utama G41. Lawatan kami dimulai dengan kata-kata aluan dari guru Haji Ibrahim dan setelah itu sedikit perkongsian pengalaman daripada cikgu Nasib. Setelah itu kami telah dibawa untuk berlatih bersama-sama dengan ahli Gelanggang Tawakkal. Sesi lawatan kami berakhir dengan makan beramai-ramai dan bergambar ramai. Disini disertakan beberapa gambar semasa lawatan.



Mendengar kata alu-aluan dari Guru Utama dan cikgu Nasib.



Sesi latihan bersama Guru Utama berserta dengan pesilat dari gelanggang Tawakkal



Sesi bergambar ramai bersama Guru Utama dan Pesilat dari gelanggang Tawakal.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Utama G41, Haji Ibrahim kerana sudi menerima lawatan dari KSV dan juga kepada Artison kerana telah banyak menolong dalam menjayakan lawatan tersebut.

sekian dari PKSV

0 comments:

Post a Comment

Pages

 
Powered by Blogger